Sunday, April 6, 2014



MH370: Pesawat dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia bagi elak dikesanKUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang  dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin  sengaja  terbang  di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Pada 19 Mac, Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.

"Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Kapal peronda China,Haixunmengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Australia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China - Sumber Astro Awani.

MH370: Pesawat dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia bagi elak dikesan

By: Budaksik on: 8:32 PM
Pencarian pesawat hilang Boeing 777 - MH370 sejak Sabtu lalu membuka pelbagai teori mengenai nasib yang menimpa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu yang sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Berikut adalah 5 teori menjelaskan apakah kemungkinan yang berlaku.

MH370

Lima teori apa yang mungkin berlaku kepada MH370

By: Budaksik on: 6:42 PM
Gempa bumi 8.2 magnitud gegar Chile, amaran tsunami dikeluarkan
PLAYClick to Expand & Play
CHILE: Amaran tsunami dikeluarkan di Chile, Peru dan Ecuador susulan satu gempa bumi berukuran 8.2 magnitud yang menggegar lautan di luar pantai Chile hari ini, menurut kenyataan pegawai di Amerika Syarikat.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 8.46 malam waktu tempatan (2346 GMT) di kedalaman 10 kilometer, 83 kilometer dari Iquique di utara Chile, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat.

Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.

Pihak berkuasa Chile turut mengeluarkan amaran yang sama.

Pada Februari 2010, bahagian tengah dan selatan negara itu dilanda gempa bumi besar berukuran 8.8 magnitud diikuti tsunami yang memusnahkan beberapa  bandar di negara tersebut.

Lebih 500 terbunuh dan melibatkan kerosakan lebih ASD30 bilion pada infrastruktur negara itu.

Berita mula diterbitkan pada: April 02, 2014 09:08 (MYT) Sumber dari Astro Awani

Gempa bumi 8.2 magnitud gegar Chile, amaran tsunami dikeluarkan.

By: Budaksik on: 6:40 PM
KUALA LUMPUR: 10 remaja yang dilaporkan hilang di Bukit Broga semalam berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah  perkampungan orang asli Kachau Dalam, Jalan Sungai Lalang Semenyih.

Mereka ditemui sekitar jam 9 pagi tadi.


Sementara itu, Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka ditemui kira-kira 10.30 pagi dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan.

Bagaimanapun, beliau berkata seorang pelajar sekolah terbabit dikenali sebagai Mohd Haris Shahrizam, 17, mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Kajang, Selangor.

"Sembilan lagi dibawa ke pusat kawalan bomba di Paradise Valley Resort berhampiran gunung itu sementara menunggu anggota keluarga datang untuk membawa mereka pulang," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di pusat kawalan bomba itu, seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, berkata dia mula mendaki gunung itu pada 3.30 pagi Sabtu.

Mohd Zafran berkata disebabkan keadaan sejuk ketika itu mereka berhasrat untuk sampai ke puncak secepat mungkin tetapi dalam separuh perjalanan mereka gagal mengesan tanda arah menuju ke puncak itu.

"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut tersesat semasa pendakian," katanya.
Selepas bergabung dengan kumpulan itu, mereka membuat keputusan meneruskan perjalanan untuk mencari tempat berteduh.

"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam.

"Di situ kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba pukul 10.30 pagi tadi," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: April 06, 2014 15:34 (MYT) Sumber dari Astri Awani


10 remaja hilang di Bukit Broga ditemui

By: Budaksik on: 6:39 PM

Monday, March 24, 2014


Kereta Terbakar Semasa Keseronakan

By: Budaksik on: 8:51 PM

Pecah Telur Keluar Ayam

By: Budaksik on: 8:47 PM


Kemalangan Ngeri Motosikal Berkuasa Besar

By: Budaksik on: 8:44 PM







Ghost Prank LOL

By: Budaksik on: 8:42 PM


18Sg Sekumpulan Kambing Mati Dilanggar Lori

By: Budaksik on: 8:38 PM

Monday, March 10, 2014


Search widens for missing plane Malaysian Airlines #MH370

By: Unknown on: 1:44 AM

Thursday, March 6, 2014



How To Beat Zombies

By: Budaksik on: 3:41 AM

Sunday, March 2, 2014

  • Haram sembelih cara Islam & Yahudi dikecam
  • Dr Mohd Khairuddin Aman Razali | 1:33PM Feb 25 2014
  • Tindakan kerajaan Denmark mengharamkan penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah sangat dikecam.

    Tindakan itu sekaligus akan menyukarkan umat Islam di sana mendapatkan daging yang halal untuk dimakan.

    Langkah kerajaan Denmark ini menunjukkan sikap anti-Islam mereka dengan sebelum ini mereka melakukan pembikinan filem dan penulisan karikatur yang jelas menghina kesucian agama Islam.


    Kaedah penyembelihan dalam Islam menggunakan pisau yang tajam supaya ia tidak menyeksa binatang.

    Ini bertentangan dengan cara yang akan diimplementasi kerajaan Denmark yang akan pengsankan terlebih dahulu binatang tersebut untuk disembelih.

    Lebih menyedihkan, langkah pengharaman cara Islam dan Yahudi ini turut dilaksanakan di beberapa negara Eropah yang lain antaranya Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

    Saya mendesak kerajaan Malaysia untuk lebih sensitif terhadap isu-isu umat Islam yang berlaku di seluruh dunia.

    Sikap tidak ambil endah menunjukkan ketidakprihatinan Malaysia terhadap nasib umat Islam yang lain.

Haram sembelih cara islam dan yahudi

By: Unknown on: 3:35 AM

Thursday, February 27, 2014


Menyeramkan… masyarakat di daerah Firmat, Argentina telah gempar dengan satu insiden aneh yang berlaku di sebuah taman permainan kanak-kanak.Insiden tersebut melibatkan salah satu buaian yang terdapat di taman itu telah berayun sendiri tanpa henti selama 10 hari berturut-turut.
Hanya selepas 10 hari berayun dengan sendirinya, barulah buaian tersebut berhenti secara drastik tanpa sebarang gangguan luar. Situasi tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan suasana seram di kalangan penduduk di sekitar kawasan itu.

Mengikut kenyataan penduduk di situ, kejadian ini terjadi berikutan gangguan roh seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia sewaktu sedang bermain buaian di taman permainan tersebut.
Kejadian yang menyeramkan ini bukan cerita dongeng atau khayalan. Beratus-ratus orang termasuk wartawan The Sun telah datang dan melihat sendiri sebuah insiden dan fenomena yang menyeramkan ini.
Sumber: alamcyber.blogspot.com

Buaiyan Berayun Sendiri (GHOST)

By: Budaksik on: 1:08 AM

Bukit Mertajam – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.
Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pianang awal pagi ini.
Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.

Sumber - terengganutoday

(3 Gambar) Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan

By: Budaksik on: 12:41 AM


Cubaan Mencuri Gagal Sebab Kena Sepak

By: Budaksik on: 12:21 AM

Monday, February 24, 2014

Kuala Krai  - Dua beradik berpakaian sekolah maut akibat dirempuh kereta semasa melintas jalan, dalam perjalanan kesekolah pagi tadi, kemalangan di Kampung Laloh Kuala Krai.Kedua-dua pelajar wanita sekolah menengah itu maut di tempat kejadian akibat rempuhan kuat dan kecederaan yang parah di kepala, mayat kedua mangsa di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk tindakan lanjut. - Credit 2 Kle-Peq Blog.

Innalillah hiwainalillah hirojiun..




2 Murid Sekolah Dilanggar Kereta Di Kuala Kerai

By: Budaksik on: 2:55 PM



Cubaan Membunuh Diri Gagal

By: Budaksik on: 2:20 PM


Lawak Tengah Berak

By: Budaksik on: 2:18 PM


Suasana Di Dalam Kapal Kena Ribut

By: Budaksik on: 2:08 PM


Ngeri - Macam kita yang kemalangan

By: Budaksik on: 2:06 PM


Kemalangan Sukan Polo-Knockout

By: Budaksik on: 1:58 PM

Followers

Tapak Iklan Untuk Di Sewa

My Ping in TotalPing.com

 
Copyright © Holo Tube With You | Distributed By Blogger Themes
Blogger Templates Wallpapers Hack Wfi