LIVE MALAYSIA TV STREAMING


rtm tvirtm1rtm2tv3
ntv78tvtv9awanial hijrah tv
Welcom to Holo Tube. We Always with you.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung ke Holo Tube. Blog ini hanya untuk tatapan hiburan semata-mata kepada semua pengunjung dari dalam mahupun dari luar negara. Teruskan bersama kami di Holo Tube..
Always Together With You..Thank Q.





Always Together From HoloTube

Monday, June 23, 2014



Pencuri Kena Belasah

By: Budaksik on: 2:05 AM


Pergaduhan Antara Keluarga dan Adik Berdik

By: Budaksik on: 2:01 AM

Monday, June 2, 2014


Human Driff Kepala Pacak

By: Budaksik on: 2:24 AM

Jelingan Manja So Cute

By: Budaksik on: 2:05 AM

Sunday, May 25, 2014


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.

Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA babi (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

DNA babi dikesan dalam Cadbury Dairy Milk

By: Budaksik on: 8:30 PM

Saturday, May 24, 2014


Tip Untuk Memulihkan Histeria

By: Budaksik on: 4:10 AM

Tuesday, May 13, 2014



Mak Cik Datang Mencuri Susu Bawa Anak Kecil

By: Budaksik on: 4:47 PM

Ibu Pukul Baby Dengan Rotan

By: Budaksik on: 4:42 PM

Saturday, April 12, 2014




Amazing Street Drum Performance By 3 Year Old

By: Unknown on: 5:38 PM

Drum Buatan Sendiri

By: Unknown on: 5:36 PM

Trick Art on Paper, Drawing 3D Hole

By: Unknown on: 5:16 PM

Dua anggota polis cedera

By: Unknown on: 3:41 PM

Thursday, April 10, 2014


PERTH: Satu lagi isyarat dari dasar laut dikesan sebuah pesawat tentera laut Australia di kawasan carian sama bagi kotak hitam penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata pesawat P-3 Orion menerima isyarat di kawasan carian di selatan Lautan Hindi.

“Data bunyi ini bagaimanapun memerlukan analisis lebih lanjut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Ini merupakan isyarat dari dasar laut kelima dikesan dalam misi pencarian yang dilakukan di selatan Lautan Hindi.









Sumber - Astro Awani

MH370: Satu lagi isyarat PING dari dasar laut di kesan hari ini

By: Unknown on: 10:29 PM

Monday, April 7, 2014

Yala

YALA:
Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand petang Ahad menyebabkan dua orang maut manakala 23 lagi cedera.

Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand

Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan.

Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah.

Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan






Sumber -Astro Awani 

Empat letupan bom gegarkan bandar Yala, selatan Thailand

By: Budaksik on: 3:58 PM
MH370: Kapal Ocean Shield kesan dua isyarat konsisten dengan isyarat kotak hitam
KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat ‘Ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 30 minit sahaja.

Houston berkata lagi dua isyarat berasingan dikesan sekitar kawasan utara di lokasi pencarian dimana penerbangan pesawat tersebut dipercayai telah berakhir.

“Isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit. Malah informasi yang memberangsangkan selama 24 jam yang lalu ini sangat penting,” katanya dalam satu sidang media di Perth hari ini.

Beliau menambah bahawa bukti-bukti yang mereka perolehi sehingga kini adalah sangat positif dan diharapkan mampu menghasilkan penemuan yang dapat merungkaikan kehilangan pesawat MH370 ini.

Isyarat yang dikesan itu dianggarkan berada di kedalaman 4,500 meter dan ianya terpaksa mengambil beberapa hari sebelum pegawai-pegawai dan pakar yang bertugas dapat mengesahkan bahawa isyarat tersebut sememangnya benar-benar datang dari sebuah pesawat.

Houston menggesa pihak media supaya mengendalikan informasi terkini ini dengan “bertanggungjawab dan berhati-hati”.

“Kami masih belum menemui sebarang pesawat dan oleh hal demikian, kami memerlukan lebih banyak informasi mengenai penemuan ini,” tegas beliau.

Pada Jumaat lalu, kapal peronda China mengesan satu isyarat getaran berfrekuensi 37.5 khz yang dikatakan sangat konsisten dengan frekuensi kotak hitam pesawat dan dipercayai berkemungkinan datangnya dari Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang hilang pada 8 Mac lalu. 

Sementara itu, JACC menyatakan bahawa sehingga hari ini, misi pencarian telah melibatkan penggunaan tiga pesawat awam  dan 14 kapal dan melibatkan kawasan pencarian seluas 234,000 kilometer per segi.

Cuaca baik dijangka pada hari ini meskipun terdapat hujan renyai pada tengah hari dan ianya tidak akan menjejaskan misi pencarian pesawat.

Kapal Ocean Shield akan meneruskan pencarian di lokasi yang telah ditetapkan kepada mereka sementara kapal HMS Echo pula dalam perjalanan untuk membantu kapal China, Haixun 01, yang telah mengesan getaran isyarat dipercayai dari kotak hitam pesawat di Lautan Hindi.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan meneruskan penerokaan terhadap lokasi dimana penerbangan pesawat itu berakhir berdasarkan analisis teknikal dari komunikasi satelit dan pesawat peninjau selaras dengan kerjasama daripada pasukan penyiasat nahas pesawat yang terdari daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.


Sumber - Astro Awani

MH370: Kapal Ocean Shield kesan dua isyarat konsisten dengan isyarat kotak hitam

By: Budaksik on: 3:56 PM
Hampir 16 tahun tidak berbadan dua, pelakon je­lita Rozita Che Wan atau Che Ta, 40, akui berasa sedikit lelah dan penat jika bergerak terlalu banyak atau melakukan kerja-kerja berat walaupun usia kandungan baru tiga bulan.
Jelas Che Ta, perubahan dialami turut menghairankan kerana sebelum ini sewaktu mengandungkan dua anak hasil perkahwinan terdahulu, Aniq Ezzra, 16, dan Ammar Effendy, 18, badannya kuat untuk bekerja. 
Che Ta yang berkahwin dengan Zain Saidin, 30, pada 11 Disember tahun lalu, mengumumkan berita kehamilannya menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini, dengan menunjukkan ujian kehamilan positif.

Ditemui sewaktu maj­lis sidang media mengumumkan notis tuntutan bagi penggunaan nama dan gambarnya tanpa izin kelmarin, pelakon dan pengacara rancangan Primadona itu berkata, sewaktu mengandungkan Ammar, dia masih mampu mengangkat barang untuk berpindah rumah walaupun kandungan berusia sembilan bulan.
Foto

“Itu antara perbezaan ketara yang saya alami apabila mengandung kali ini. Adik saya kata, perkara itu berlaku disebabkan faktor usia. Mungkin betul apa yang dikatakan.
“Sepanjang tempoh awal mengandung, saya hanya menjaga pemakanan diambil, termasuk banyak minum susu, soya dan sarang burung. Ia lebih kepada memberi tenaga dan supaya bayi dikandung membesar dengan baik,” katanya.

Mengenai situasi me­ngalami alahan dan me­ngidam sebagaimana wanita mengandung, Che Ta bersyukur kerana ia tidak berlaku. Katanya, dia juga tidak berpantang makan.

“Saya memang kena makan nasi setiap hari tapi sekarang bila me­ngandung, saya makan nasi siang malam. Bayangkan jam 11 pagi saya cari nasi. Makanan pun lauk kampung yang saya suka macam sambal belacan, ikan masin atau telur masin.

“Yang saya perasan, bila mengandung, saya lebih gemar makanan masin atau masam. Manakala makanan manis berat untuk saya telan,” katanya.

Che Ta juga mengatakan, suaminya tidak mengalami alahan atau mengidam, cuma kuat makan seperti dirinya.

“Bayangkan setiap kali saya makan, dia akan ikut makan. Kadangkala soya dan sarang burung dibeli, dia yang habiskan. Seperti dia pula mengandung,” katanya.

Di saat dia mengandung, timbul masalah apabila ada pihak tidak bertanggung­jawab menggunakan namanya untuk menjual produk.

Ia menyebabkan ada syarikat pengeluar barangan kecantikan dan makanan kesihatan yang mahu me­ngambilnya menjadi duta membatalkan niat mereka.

Sebagai ibu mengandung, Che Ta tentu berdepan masalah disifatkan besar yang boleh memberi tekanan. Perkara itu tentu tidak bagus untuk dirinya yang dalam peringkat awal kandungan. Gangguan emosi boleh menjejaskan kandungan.

Bagaimanapun, jelas Che Ta, situasi membabitkan ada pihak menggunakan namanya sehingga kerugian mencecah setengah juta ringgit tidak terlalu mengganggu fikiran dan emosinya. Ia juga dianggap biasa.

“Semuanya di­uruskan pihak pengurusan saya. Mereka memberi notis supaya pihak tidak bertanggungjawab itu menarik balik iklan makanan kesihatan yang dimuat naik menggunakan wajah saya di laman sosial.

“Amaran diberi dalam masa 14 hari dan jika pihak terbabit tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Mengenai aktiviti seni, Che Ta akui tidak ada masalah untuk bekerja tetapi tidak terlalu sibuk seperti sebelum mengandung.

“Sebenarnya, saya tidak suka duduk di rumah. Kalau duduk rumah, saya mula rasa rimas dan pening kepala. Cuma sepanjang me­ngandung, saya tidak ambil tawaran berlakon. Paling akhir saya buat adalah drama Bedah vs Joyah untuk TV9.

“Mengacara Primadona masih diteruskan dan sesekali saya melakukan tanggung­jawab sebagai duta dua produk yang ditandatangani kontraknya sebelum ini.

“Selebihnya, saya tidak buat apa-apa. Kalau tidak ada perkara hendak dilakukan, saya lebih suka keluar dan membeli-belah. Ia bagaikan terapi dan saya berasa seronok. Ia membuatkan saya tenang,” katanya.

Che Ta juga bersyukur dengan kejayaan anak sulungnya, Ammar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Katanya, Ammar akan melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham cawangan Malaysia bagi peringkat asas dan ijazah akan dilakukan di United Kingdom. Anaknya merancang mengambil bidang perbankan antarabangsa.



Sumber:
-Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
Mymetro..

Che Ta: Makan nasi siang malam

By: Budaksik on: 1:02 AM
Georgetown: Seramai 57 penumpang bas ekspres Plusliner berdepan detik cemas apabila kenderaan itu mengalami masalah teknikal lalu terbakar dalam satu kejadian di Jalan Simpang Ampat Tasik menghala ke Junjung, Seberang Prai Selatan (SPS), di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran dipercayai berlaku di bahagian enjin bas lalu merebak ke bahagian atas bas sebelum bas bertindak berhenti di tepi jalan bagi menyelamatkan nyawa penumpang bas yang ada. 
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.12 petang dan sepasukan pegawai dari Balai Bomba Nibong Tebal yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Safi @ Roslan Abdullah bersama tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian api berjaya dipadamkan oleh pemandu bas dengan menggunakan alat pemadam api dan air disamping dibantu anggota bomba sukarela dari Valdor, Permatang Tinggi, Taman Merak Jaya, Jawi serta Balai Bomba Sukarela dari Kulim, Kedah yang tiba dilokasi kejadian.
Foto

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih lagi disiasat untuk mengenalpasti punca kebakaran," katanya.    -  MyMetro

Bas rentung nyaris ragut 57 nyawa

By: Budaksik on: 12:58 AM

Sunday, April 6, 2014

Hercules

PERTH:Pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce pada Ahad untuk membantu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

Pesawat tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempertingkatkan pencarian pesawat MH370 selepas Perdana Menteri   Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan untuk menghantar lebih banyak aset ketenteraan semasa lawatan dua hari beliau ke Australia pada Khamis lepas.

Pegawai Pemerintah Skuadron Ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh berkata pesawat C-130 itu tiba pada 12.30 tengah hari bersama-sama 33 pegawai dan anggota tentera.

 "Kami sudahpun mempunyai dua pesawat C-130 yang menyertai operasi pencarian sejak 29 Mac lepas dan pesawat tambahan itu akan melengkapi pasukan kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pangkalan udara Pearce hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac sebelum hilang dari radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Usaha pencarian yang disertai pelbagai negara dilancarkan untuk menjejaki MH370 yang bermula di Laut China Selatan sebelum di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK merumuskan  Penerbangan MH370 melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac lepas, setelah 17 hari pesawat Boeung 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370  "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Pencarian itu semakin kesuntukan masa berikutan hayat bateri kotak hitam pesawat itu dianggarkan mampu bertahan antara 30 dan 45 hari -- BERNAMA

#MH370: Pesawat Hercules ketiga TUDM tiba di Pangkalan Pearce

By: Budaksik on: 11:29 PM
Rosmah
Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) menjawab pertanyaan media pada majlis sidang media Larian Autisme 2014 Light Up Autism! di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini -Foto Bernama

KUALA LUMPUR:"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara.

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah, mendakwa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.

Suspek yang berumur 25 tahunditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspekdi Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi. 









Sumber Astro Awani.

Datin Sri Rosmah Memberi Nasihat Kepada Syed Saifullah, mendakwa pesawat yang dinaiki terhempas.

By: Budaksik on: 11:23 PM
3litar
ALOR SETAR 3 April -  Kerajaan Negeri akan membina litar lumba pada tahun ini sebagai menunaikan janji pada pilihan raya umum ke-13.
Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, Kerajaan kini mengenal pasti tapak yang sesuai khusus untuk kenderaan dua tayar selepas dua kawasan sebelum ini mempunyai halangan.
Beliau berkata, pembinaannya tidak akan mengambil masa yang lama kerana bukan seperti litar di Sepang tetapi lebih kepada tapak asas untuk perlumbaan kenderaan dua tayar.
“Kita akan mengenal pasti tapaknya pada bulan ini. Contohnya di kawasan Sidam mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki kerana tanahnya agak rata.
“Kerajaan juga bercadang membina litar untuk go-kart,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Pra Perkahwinan Islam Percuma 2014 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.
Pada Januari 2014, Kerajaan Negeri meneliti lokasi sesuai untuk bina litar lumba sekaligus memberi jaminan akan melaksanakannya dalam tempoh terdekat.
Sumber:UMTK

Kerajaan Negeri Kedah Bina Litar Lumba Tahun Ini

By: Budaksik on: 9:31 PM

PERTH, 6 April (Bernama) -- Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.

Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.

Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi.

-- BERNAMA

#MH370-Kapal Ocean Shield Kesan Isyarat

By: Budaksik on: 8:38 PM

Followers

Tapak Iklan Untuk Di Sewa

My Ping in TotalPing.com

 
Copyright © Holo Tube With You | Distributed By Blogger Themes
Blogger Templates Wallpapers Hack Wfi