Tuesday, November 20, 2012









KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sebulat suara mengambil ketetapan mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kecaman tersebut turut mengutuk tindakan Israel yang menyebabkan kemusnahan harta benda, infrastruktur dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza serta Tebing Barat.
“Kerajaan hari ini mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi “Pillar of Defence” pada 14 Novemer 2012 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.
“Serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang serta angkuh dan perlu dikutuk oleh seluruh dunia,” katanya dalam pembentangan usul, yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Beliau menambah, kecaman turut membabitkan pencabulan undang-undang yang dibuat oleh Israel meliputi undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah oerang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.
“Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.
“Rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza,” katanya lagi.
Dengan ini Dewan Rakyat mengambil ketetapan seperti berikut:
1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
2.Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.
3.Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- “Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.
4.Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.
5.Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.
6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.
9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.
10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB. - SINAR HARIAN

18SG Dewan Rakyat Kutuk Serangan ISRAEL

  • Uploaded by: Budaksik
  • Views:
  • Category:
  • Share

    0 comments:

    Post a Comment

    Extra Tag:

    when this book book on it i you tube you are a tube you tube a youtube tube youtube you you tube you youtube chrome download crom chrome 4 www com yahoo how to be yahoo how do i get yahoo Welcome To My Site Beautiful Photography , DIY Projects, GPS Maps, Delicious Food, Travel Experience & Fantastic Holidays, Home Videos, Sports, Fashion & Entertainment, Humour, Forex VGMC, RGCX, Make Money, GOLD, Investment, Support Resistence, Photo , Radio Online, THR Gegar, Hot Fm, Hitz FM, Mix FM, Sinar FM, ERA FM, Suria FM, My FM, Tv 9, TV 1, RTM 1, RTM 2, NTV7, NTV 7, Star Movie, Watch Online Movie, Online Movie, Movie 2013 FULL, World War Z, Man On Steel Full M 3D Adsense advertising AJAX animation Apps Art ASCII Avatars Backgrounds Best Of Best practices blogging Books branding Browsers brushes Business Business cards buttons Calendars Calligraphy cartoons carts CG charts Cheat Sheets Christmas Clients CMS CMYK coding colors Comics Communication Community Conferences Content Contests contracts Copywriting corporate covers Creativity CSS data visualization Design development diagrams Discussions domains Downloads drawing dreamweaver E-Commerce eBooks editors Email Emotional Design Errors Events FAQ favicons Flash Fonts Forms Freebies Free Fonts gadgets galleries Global Web Design Google Graphics grids guidelines halloween Icons ideas illustrations Illustrator Infographics innovation Inspiration Internet Explorer Interviews layouts legacy logo design Mac magazines Marketing movies music Navigation open-source Opinion Column optimization paintings PDF Performance Photography Photoshop Portfolios Posters principles print Process productivity PSD psychology retro reviews SEO Showcases signs Skills Smashing Book Smashing Daily Smashing Magazine Social software Studies Techniques Templates testing Textures The Lost Files Themes The Smashing Newsletter time management time savers Tools Trends Tutorials Twitter Typography Useful User Interaction vectors Videos vintage visualizations Wallpapers Web web 2.0 Web Design weblogs Wireframing WordPress Workflow

    Followers

    Tapak Iklan Untuk Di Sewa

    My Ping in TotalPing.com

     
    Copyright © Holo Tube With You | Distributed By Blogger Themes
    Blogger Templates Wallpapers Hack Wfi